Sorotan Analisis Awal Pra Penamaan Calon PRN 15 – Siri 1

Last Updated: 15 July 2023By

Tarikh yang ditunggu sudah ditetapkan. Pilihan raya negeri (PRN) yang akan berlangsung di enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah dan Pulau Pinang.  Ia akan bermula dengan penamaan calon pada  29 Julai 2023 dan seterusnya pemilih akan turun menunaikan tanggungjawab pada 12 Ogos 2023. Berbeza dengan siri pilihan raya negeri sebelum ini, pilihan raya umum telah dilakukan terlebih dahulu pada tahun lepas dan kerajaan pusat telah berjaya dimandatkan oleh rakyat. Maka secara matematiknya, mudah untuk kita andaikan apa keputusannya terutama secara umum terhadap kerajaan yang bakal memerintah bagi keenam-enam negeri tersebut.  Namun begitu, politik pilihan raya ini tidak semudah itu. Lebih-lebih lagi apabila perkembangan politik semasa tidak semestinya dibaca dengan sifir matematik. 

 

Walaupun, Kerajaan Perpaduan yang ditubuhkan selepas pilihan raya umum adalah gabungan parti politik di semenanjung yang bertentangan semasa pilihan raya namun PH dan BN bergabung selepas parlimen tergantung lantaran tiada parti politik yang mendapat majoriti secara tunggal, namun adakah semudah itu pengundi akan mengikut keputusan parti yang diundi pada PRN kali ini? Oleh itu, beberapa analisis yang dilakukan oleh para pengkaji sama ada dari ahli akademik mahupun pemerhati politik bebas akan kita ulas di sini. 

  1. Full vote transferability? 

Ulasan yang diketengahkan oleh Dr. Marzuki Mohamad ( boleh baca di  Facebook ) yang merupakan pensyarah kanan sains Politik di Universiti Islam Antarabangsa dan bekas Ketua Setiausaha Sulit mantan Perdana Menteri ke 8 mengetengah dua andaian.

Pertama, situasi di mana berlaku pemindahan undi secara penuh (full vote transferability) antara PH dan BN, iaitu 100% pengundi BN dalam PRU 15 akan mengundi calon-calon PH dan begitulah juga sebaliknya 100% pengundi PH akan mengundi calon BN. Dalam situasi ini baseline PH-BN ialah jumlah undi PH campur jumlah undi BN yang diperolehi dalam PRU 15.

Kedua, tidak berlaku full-vote transferability antara PH dan BN, iaitu pengundi BN tidak semestinya mengundi calon PH dan begitulah juga sebaliknya. Dalam situasi ini baseline gabungan PH-BN agak sukar untuk diramal melainkan ada kajian khusus mengenai vote transferability di ketiga-tiga negeri ini. Yang pasti, jika inilah keadaannya, baseline gabungan PH-BN akan menjadi lebih rendah daripada jumlah keseluruhan undi yang diperolehi oleh kedua-dua parti tersebut.

 

Menurut beliau, walaupun berlakunya pemindahan undi ini secara total, namun PH-BN masih tidak mampu untuk menawan negeri-negeri ini dan harus diingat apa yang berlaku di PRK Padang Serai sejurus selepas PRU dan merupakan PRK Parlimen pertama. Pengundi BN telah mengundi calon PN dan membawa kepada kemenangan besar Pakatan ini di Parlimen Padang Serai dengan majoriti 16,260 undi menewaskan calon PH. Sedangkan Padang Serai adalah antara kubu kuat PH di Kedah.

  1. Home Advantage 

Wan Hasni Wan Sulaiman yang merupakan salah seorang think tank paling rapat dengan PMX menyamakan PRN kali ini dengan permainan bola bila mana kelebihan adalah kepada tuan rumah atau pun incumbent bagi setiap negeri tersebut (Facebook) . Dua persoalan beliau ketengahkan.

Persoalan pertama nya, adakah PRN di KKT dan PSN ini adalah satu referendum (iaitu litmus test) kepada performance kerajaan pusat? Inilah naratif sesetengah pihak, iaitu PRN nanti adalah satu ujian terhadap kerajaan pusat. Ini naratif Perikatan Nasional.

Persoalan kedua nya, adakah PRN tersebut adalah satu referendum kepada kerajaan incumbent di negeri-negeri tersebut? Ini adalah naratif serta persoalan yang lebih tepat.

Beliau percaya bahawa kerajaan pusat yang berada di bawah PH_BN merupakan advantage sekunder kerana mereka merupakan incumbent di peringkat pusat. Maka tidak dinafikan Kelantan, Terengganu dan Kedah berada dalam keadaan selesa dalam menghadapi PRN kali ini. Manakala bagi Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang, incumbent negeri dan pusat adalah sama. Maka adalah penting naratif pusat dan negeri seiring bagi mengelakkan peralihan undi. Tambah beliau, 

Dari perkiraan yang saya sebutkan diatas, dengan mengambil kira dua faktor, iaitu “incumbency”, at the state level, dan at the federal level, dan keseluruhan formation pasukan, barulah kita boleh mengira the odds of vote transferability (perpindahan undi).

Baseline yang kita kena pakai ialah hasil terperinci (granular voting patterns) daripada PRU15 kelmarin, dan mengira probability perpindahan undi. Setelah kita mengambil kira kesemuanya, barulah kita boleh membuat anggaran terhadap keputusan PRN di setiap negeri nanti.

Berdasarkan dua ulasan awal ini, kami di Bidara Research percaya bahawa playing field PRN di enam negeri kali ini adalah menarik untuk kita mengkaji pattern pengundian yang bakal berlaku. Untuk Kelantan dan Terengganu kelihatan agak solid penguasaan PN khususnya PAS. 

Untuk siri seterunya kita akan sambung dengan beberapa analisa lain khususnya berkaitan dengan negeri-negeri di Pantai Barat dan juga Utara. Selain itu, fenomena Greenwave juga akan diberi perhatian sebelum kita sampai ke garis penamaan calon. 

latest video

Subscribe Our Newsletter

Subscribe now to get unlimited articles

Leave A Comment