Parti Mana Yang Terpaling Strategis

Last Updated: 7 October 2023By

Perebutan kuasa politik DUN Pelangai kembali menjadi tajuk utama berita setelah selesai PRN ke 15 pada 12 Ogos dan bakal membina naratif baru apabila diumum pemenangnya pada esok hari.

Setelah selesai Penamaan Calon dari setiap Parti Politik maka titik mula Propaganda telah dimuntahkan pada tempoh berkempen ini selama 14 hari.

Bagi Hegemoni UMNO PH, Pelangai bakal menjadi naratif baru samada mereka akan berjaya menamatkan momokan DAP sebagai suatu beban atau tidak hasil kerjasama Kerajaan Perpaduan yang dibentuk pada Piliharanya Umum lepas.

Panglima Perang atau Pengarah Pilihanraya dari Pihak Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional sudah menyusun strategi masing – masing.

Tidak dinafikan juga, sudah tentu senjata ampuh dimiliki oleh “The Current Government in Power” akan lebih dominan merangka strategi.

Edaran beras putih oleh Lembaga Pertubuhan Peladang ( LPP ) di Pahang ditingkatkan bagi memberi signal keprihatinan Kerajaan kepada rakyat apabila mengalami sekatan beras import oleh Negara India.

Jika dahulu Pas menggunakan taktik Killing Two Birds With One Stone apabila menghantar Husam Musa ke Putrajaya walau hakikat Putrajaya adalah Kubu Kuat Umno BN atau pelaburan tidak matang yang sanggup hilang deposit.

Pada waktu itu, signal yang ingin dihantar oleh Pas kepada penyokong tegar mereka seolah – olah mereka sudah bersedia memimpin Malaysia.

Emosi penyokong yang cuba dijual adalah Impian Besar menawan Putrajaya mampu dicapai sedikit masa sahaja lagi.

Strategis ini sangat mengguncah sentimen aura kebangkitan setelah selesai Solat Jumaat di Masjid Besi Putrajaya apabila Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz  telah disambut puluhan ribu penduduk Putrajaya yang ingin melihat kelibat Tokoh Pas dari Kelantan itu.

Sehingga beliau beberapa kali duduk karena terlalu letih sebelum boleh keluar dari Masjid disebabkan gerombolan ramai ingin bersalam dengan beliau.

Peristiwa ini seakan hampir di Pelangai apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bakal diisytiharkan sebagai Menteri Besar Pahang sekiranya PN menang dalam PRK DUN Pelangai.

Celaan yang terancang dan pujian yang tidak dirancang itulah kebiasaan yang terjadi dalam arena politik.

Gambaran seolah – oleh hanya Dun Pelangai sahaja difokuskan peruntukan beras putih dijadikan topik politik dan sentimen Kerajaan Gagal telah menjadi senjata makan tuan bagi pihak kerajaan.

Perancangan yang cermat
Disulami bidikan yang tepat
Hikmah tersembunyi dipercepat
Kemenangan Pasti Terangkat

Jeneral Perang PN YB Sanusi Md Nor yang sangat digemari Pidato oleh penyokong PAS persis zaman Mat Sabu ketika berada di dalam PAS pada suatu ketika dulu.

Di dalam perniagaan karektor ini sangat digemari oleh bos besar kerana boleh meningkatkan jualan syarikat dan perlu diberikan komisen yang lebih berbanding pekerja lain.

Parti mana yang TERPALING STRATEGIS akan diketahui pada titik akhir pada esok hari.

latest video

Subscribe Our Newsletter

Subscribe now to get unlimited articles

Leave A Comment