Pedoman Falsafah Ekonomi PMX

Last Updated: 23 October 2023By

Menarik semasa pembentangan bajet 2024, Perdana Menteri berkongsi falsafah kepimpinan yang menjadi pedoman buat Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Filasuf Cina, Meng Zhi telah merumuskan empat tonggak kekuatan bangsa iaitu insaniah (ren), ihsan (yi), hikmah (zhi) dan adat (li).

Tonggak ini membawa semangat demi menamatkan penderitaan rakyat, membasmi amalan rasuah yang sistemik, mengurangkan kerenah birokrasi serta menyegerakan projek rakyat.

Thirukkural, sebuah teks klasik Tamil,  mengungkap “Iyatralum Eettalum Kaatthalum Kaattha Vaguthalum Vallathu Arasu” – menggunakan kekayaan dengan cara berfaedah.

PMX turut berkongsi ibrah di antara Khalifah Umar Abdul Aziz dan anakandanya Abdul Malik.

“Ayahanda, mengapa tidak dilaksanakan perubahan yang lebih pantas dan tegas? “ tanya Abdul Malik.

Khalifah Umar seraya respon berkata, “Demi Allah, aku sedia seandainya kita berdua terkorban demi menegakkan kebenaran!”

Khalifah Umar Abdul Aziz menambah, “Anakanda, jangan kamu bersikap gopoh. Allah menyelar arak dua kali (2x) di dalam Al Quran dan mengharamkannya hanya pada ketiga kalinya.

Khalifah Umar menyambung, “Aku bimbang, seandainya aku paksakan semua kebenaran ke atas manusia (sekali gus), mereka akan menolak keseluruhannya, (dan) ini bermakna akulah akan menjadi penyebab kerosakan lebih besar.”

Malaysia sedang berhadapan situasi ekonomi dan politik yang sukar. Bertahanlah…

latest video

Subscribe Our Newsletter

Subscribe now to get unlimited articles

Leave A Comment